Satu cerita
Satu bulan
Mula daripada Bulan Oktober.
Apakah aku harus berhenti mengharap atau haruskah aku menunggu sehingga dia tahu aku ada untuk dia.
Jika dia memang jodohku, Dekatkan lah dia kepadaku , Ya Allah.
Jam tangan telah menunjukkan hari sudah pun petang. Aku masih mencari-cari kelibat seorang jejaka yang amat ku cintai.
Ya, Dia memang lelaki yang aku cintai tetapi dalam diam. Nama dia Amar Qayyiem. Aku tidak tahu bila pulak perasaan ini wujud tetapi seingatku ketika Farisa Mohamad pulang dari England dua bulan lepas . Amar beriya-iya sangat untuk menyambut kepulangan Farisa dan tak sempat pula mengajak aku padahal rumah Amar dan rumahku taklah jauh sampai aku terpaksa memandu sendiri ke lapangan terbang. Rupa-rupanya Amar membawa keluarga farisa bersama ketika itu. Nampak sungguh keakraban Amar dengan keluarga Farisa. Aku cuma sempat berbual dengan Farisa sekejap dan aku ambil kesempatan untuk mengundur diri sebab alasanku nak temankan kak long lepas pulang dari kerja padahal aku tidak ada temujanji dengan kak long dan tidak ada kemana-mana lalu aku pergu ke pantai. Tidak semana-mana, air mataku mengalir dengan deras. Sebenarnya aku menahan rasa sebak sahaja apabila aku nampak farisa dan Amar bejalan beriringan masuk ke Restaurant kfc yang berada di tingkat atas .
Air mataku kini mengalir .Ya Allah.kenapa aku harus menangis. Wajah Amar yang tersenyum riang terbayang-terbayang di minda. Terasa pulak ada rasa sayang dan cinta. Lalu wajah Farisa pun ku terbayang. Dan aku rasa pelik.Apakah ini perasaan cemburu? Dan kenapa aku perlu berasa cemburu. Amarkan bukan siapa-siapa pada ku. Aku bukan siapa-siapa pada dirinya.
"Ehem. Ehem!"
Aku tersentak dari lamunan lalu ku menoleh ke arah orang yang sedang berdehem .
"Eh! Iqbal! Cuba tah bagi salam", sahut ku sambil tersenyum.
Lelaki yang berdehem dan sekarang berdiri didepanku ialah Iqbal Arshad.Lelaki yang orang akan gelar Playbiy sebab dia suka sangat mendampingi mana-mana wanita dan amat di sukai oleh wanita-wanita kerana wajahnya yang tampan.
"Jauh jua termenung atu eh.balik-balik ku cakap Salam tadi" kata Iqbal tersenyum sambil kening sebalah kirinya sengaja dia naikkan.
" Oh ..aku nunggu si Amar keluar . Aku kan.."
Belum sempat aku menhabiskan ayatku.
" eh wait. Bukannya Amar cutikan?" Iqbal betanya kehairanan
"Ah, atu nda plang ku tau. Patuttah ku nda nampak kereta nya parking tempatnya salu parking atu.. "kataku sambil menelan air liur.Terasa tiba-tiba badan ku panas terus ke muka.Dapat ku rasa warna mukaku merah menahan malu.lalu ku berkata, "Aku jalan lah dulu, iqbal lah. Ahir sudah" Aku menunduk sambil senyum dan terus melangkah laju terus ke pintu utama bangunan Syarikat Kejuruteraan Sistematik Sdn Bhd .
Kedengaran bunyi iqbal memanggil-manggil namaku tapi aku terus lajukan langkah keluar dan sambil itu, aku membuka zip beg milikku untuk mengambil kunci kereta ku.
************************
*Akan di sambung nanti*